dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jeriah, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Hari Bersama Komuniti PI PPR Seduan

18 Disember 2017 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2017 (Ahad) yang lalu, Pusat Internet (PI) PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Internet PPR Seduan dengan kerjasama PI Kg Bandong, PI Bawang Assan dan PI PPR Sibujaya. Program ini bertempat di PI PPR Seduan dan bermula pada jam 8:00 pagi hingga jam 13:00 petang. Pengurusi JKKK Flat PPR Rantau Panjang, Encik Kalom Ak Sepen juga turut hadir untuk memeriahkan lagi program ini.

Pada hari tersebut, pelbagai aktivit menarik telah diadakan. Antaranya adalah, Pendaftaran Keahlian PI percuma dan Mini Explorace – Advokasi Challenge. Selain itu, penyampaian hadiah bagi pertandingan Poster dan pertandingan Mini Explorace sempena Hari Bersama PI PPR Seduan juga turut diadakan pada hari yang sama. Serama 50 lebih pengunjung yang hadir ke program tersebut. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara staf PI dengan komuniti setempat serta mempromosikan PI PPR Seduan sebagai pusat sehenti masyarakat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.