dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Jeriah, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kisah Kejayaan

Milan Maju Enterprise

Milan Maju Enterprise adalah sebuah premis kosmetik yang dimiliki oleh Puan Milan Ngau yang berbangsa Kayan. Milan Maju Enterprise mula beroperasi pada bulan Mac 2016. Sebelum memulakan bisnes sendiri, Puan Milan pernah bekerja sebagai penasihat kecantikkan. Berbekalkan pengalaman dan ilmu yang ada, beliau akhirnya berjaya memulakan perniagaan beliau sendiri.



Kedai Kosmetik milik Puan Milan

 
Puan Milan pernah menjalani kursus videografi dan keusahawanan di PI Kg. Bandong. Dengan ilmu yang diperolehi, beliau terus mengorak langkah dan mempraktikkan segala yang telah dipelajari. Beliau juga merupakan seorang yang sentiasa bersemangat dan mempunyai usaha untuk memajukan diri. Selain terus menimba ilmu dalam bidang perniagaan, beliau juga menghadiri kursus ICT di PI Kg Bandong seperti Kelas Microsoft Office dan asas-asas komputer.


Puan Milan (kiri) menjalani kursus Videografi dan Keusahawanan di Bilik Latihan PI Kg Bandong.

 
Setelah membuat facebook page untuk premis beliau, Puan Milan dapat mempromosikan penjualan produk dan berpeluang untuk mendapatkan pelanggan dengan lebih baik. Penjualan produk semakin meningkat dan premis beliau juga lebih dikenali.



Facebook page milik Puan Milan

Selain menjual produk kecantikan, Puan Milan juga menawarkan perkhidmatan solekan dan bimbingan mengenai kecantikkan kepada pelanggannya.



Puan Milan menunjukkan set alat solek yang merupakan antara koleksi jualan di kedainya



Puan Milan sedang melayani pelanggan yang inginkan servis solekan.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Burger Sis


Siti Aishah berumur 26 tahun dan berbangsa Melayu merupakan lepasan Technology College Sarawak dan sekarang beliau bekerja sebagai General Admin Clerk di sebuah syarikat swasta. Beliau menjalankan perniagaan burger hanya untuk kerja sambilan bagi mendapat pendapatan sampingan. Aishah merupakan seorang yang gigih berusaha untuk memajukan diri dan seorang yang peramah.


Selepas mengikuti kelas Keusahawanan yang diajur oleh PI, Aishah dapat mempromosikan perniagaannya dengan mudah dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelanggan. Gerai burger beliau juga lebih dikenali orang ramai dan Aishah juga menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah selain menjualnya di gerai untuk meningkatkan hasil jualan perniagaannya.


Beliau juga menggunakan Media Sosial seperti Facebook untuk mempromosikan produknya.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Papan Puteh Garage


Norazwan berumur 18 tahun dan berbangsa Melayu, merupakan pelajar Kolej Vokasional Sibu. Beliau merupakan seorang yang amat peramah serta mahir dalam bidang Graphic Design dan merupakan pemilik Papan Puteh Garage. Papan Puteh Garage miliknya menyediakan perkhidmatan mencetak seperti mencetak baju, label sticker, business card, gambar dan banner.


Selepas penglibatan PI dan mengikuti kelas Asas Keusahawanan dan Asas Pemasaran Online, Norazwan dapat mempromosikan Papan Puteh Garage dengan mudah dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelanggan sekitar Sibu dengan cara promosi yang betul. Papan Puteh Garage juga lebih dikenali.


Beliau juga menggunakan Media Sosial seperti Instagram untuk mempromosikan perniagaannya.


Selain menyediakan perkhidmatan mencetak banner, beliau juga menyediakan mencetak label sticker.

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

A.W.I Food Delivery & Catering (Koboi Café)

Iswandi, berumur 33 tahun dan berbangsa melayu dan beliau mengusahakan perkhidmatan A.W.I Food Delivery Catering (Koboi Cafe). Sebelum ini, beliau dan keluarga hanya berniaga secara kecil-kecilan dengan menyewa gerai di Popular Cafe Sibu. Bermula 1 Ogos 2018, beliau telah memulakan perniagaan kedai makan dengan membuka kedai makan Koboi Cafe yang berlokasi di Kampung Hilir, Sibu.


Caption: Gerai Koboi Cafe

Selepas penggunaan ICT dan penggunaan platform media sosial seperti Facebook, beliau dapat mempromosikan perniagaannya dengan cara yang betul dan berkesan. Dengan menggunakan platform media sosial, beliau dapat mensasarkan kumpulan pelanggan yang lebih besar dan hasil jualannya turut meningkat.


Caption: Iswandi (kanan) menghadiri kelas yang dianjurkan oleh pihak Pusat internet 
Beliau juga menggunakan Media Sosial seperti Facebok untuk mempromosikan perniagaannya.


Caption: Beliau mempromosikan perniagaannya melalui facebook dan page Jom Jalan-Jalan Cari Makan di Sibu.

Beliau juga menyediakan perkhidmatan katering.


Caption: Perkhidmatan katering

_________________________________________________________________________________________________________________________________________

Nasi Ayam Crispy Haza

Yusmarzi berumur 50 tahun dan berbangsa melayu merupakan pemilik Nasi Ayam Crispy Haza. Perniagaan beliau mula beroperasi pada Februari 2017 dan bertempat di hadapan rumah beliau sendiri yang terletak di Jalan Nanas. Kini gerai Nasi Ayam Crispy Haze terletak di Bandong Walk dan perniagaan beliau juga turut diusahakan bersama-sama ahli keluarganya.


Caption: Gerai Nasi Ayam Crispy Haza

Selepas penggunaan ICT dengan betul, beliau dapat mempromosikan perniagaannya dengan cara yang berkesan serta dapat mensasarkan kumpulan pelanggan yang lebih besar. Dengan menggunakan platform media sosial, hasil jualannya turut meningkat.


Caption: Nasi Ayam Crispy Haza
Beliau juga menggunakan Media Sosial seperti Facebook untuk mempromosikan produknya.


Caption: Yusmarzi mempromosikan Nasi Ayam Crispy Haza di Facebook


Caption: Penghasilan Nasi Ayam Crispy Haza


Caption : Nasi Ayam Crispy Haza juga turut dipromosikan melalui page FB Menarik di Sibu




© Semua Hakcipta Terpelihara.