dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kampung asas, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas eRezeki Siri 6

23 April 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2018, Ahad, Pusat Internet Kg asas telah menganjurkan Kursus Asas eRezeki Siri 6 yang bertempat di Bilik Latihan PI Kg asas. Kursus ini berlangsung pada pukul 9:30 pagi sehingga 1:30 petang. eRezeki merupakan program yang berdasarkan konsep crowdsourcing dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan.

Melalui Kursus Asas eRezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian.  Seramai 8 orang peserta dari golongan belia dan ibubapa mengikuti Kursus Asas eRezeki ini. Program yang dijalankan selama 4 jam ini merangkumi aktiviti seperti Pengenalan eRezeki, Pendaftaran eRezeki, Jenis-jenis kerja eRezeki, Platform-platform Microtask eRezeki dan Klik Dengan Bijak.

Tujuan Kursus ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan eRezeki dan membimbing peserta cara untuk menjana pendapatan sampingan secara atas talian. Selain itu, mereka juga diperkenalkan dengan platform-platform yang boleh menjana pendapatan sampingan seperti Inbosz, 8share, Gigagigs dan Moocash. Di samping itu, para peserta juga didedahkan dengan isu-isu di internet melalui taklimat ringkas Klik Dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2022 Semua Hakcipta Terpelihara.