Kelas Asas Microsoft Word 2013

14 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Januari 2019, Ahad yang lalu, Pusat Internet Kg. Bandong telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word 2013 yang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg. Bandong. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari pukul 10:00 pagi sehingga 12:00 Tengah hari. Kelas tersebut dihadiri oleh seorang pelajar lepasan SPM.

Kelas ini merangkumi aktiviti seperti pengenalan kepada Microsoft Word serta cara memasukkan objek, gambar dan jadual dalam dokumen word. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan internet yang betul dan cara membuat risalah dengan menggunakan Microsoft Word.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali