Program NADI Safe & Shield di SK Sibujaya

4 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2024 (Selasa), NADI Kg. Jeriah dengan kerjasama NADI RPR Sibujaya dan NADI Seduan Rantau Panjang telah melaksanakan Program NADI Safe & Shield di SK Sibujaya bermula jam 10:20 pagi – Jam 12:20 tengah hari.

Antara pengisian program adalah pengenalan kepada perkhidmatan pintar NADI, taklimat NADI Safe & Shield dan pengenalan kepada eKelas.

Selain itu, diadakan juga sesi soal jawap dan kuiz. Penglibatan murid-murid SK Sibujaya amat memuaskan dan program berjalan dengan lancar dengan adanya kerjasama daripada pihak guru dan peserta program. Semua peserta program turut ditawarkan menjadi ahli NADI secara percuma semasa program ini.

Diharap dengan adanya perkongsian ini, para peserta mendapat manfaat dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dikongsikan dalam kehidupan seharian terutamanya dari aspek penggunaan internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali