Program Perkhidmatan Pintar sempena Cuti Sekolah
22 Disember 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2024 (Sabtu), NADI Kg. telah melaksanakan Program Perkhidmatan Pintar di NADI Kg. Jeriah bermula pada pukul 9:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah telah terlibat sepanjang program berlangsung.
Antara pengisian program adalah pengenalan kepada perkhidmatan pintar NADI, taklimat NADI Safe & Shield, pengenalan kepada eKelas, saringan kesihatan dan kelas kesedaran e-Sukan.
Selain itu, diadakan juga sesi soal jawap dan kuiz. Penyampaian sijil e-Sukan kepada para peserta yang telah menyertai pertandingan e-Sukan juga telah dilaksanakan dengan jayanya. Program diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan.
Diharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi manfaat dan para pelajar dapat mengisi masa lapang cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: