NADI Mahir Jahit Minggu 4
2 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2025 (Sabtu), telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang keempat. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 3:30 petang.
Untuk kelas minggu keempat ini, pengajar telah menerangkan tentang pengenalan kepada asas jahitan tangan dan mesin. Tiga jenis jahitan yang akan dipelajari dalam kelas MAHIR Jahit adalah jahitan kekal, jahitan sementara dan jahitan pengemas. Para peserta juga turut diperkenalkan dengan jenis-jenis mesin jahit yang terdapat di pasaran seperti jahit insustri, jahit mudah alih dan jahit domestic/kaki.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: