NADI Mahir Jahit Minggu 8
12 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2025 (Jumaat) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-lapan. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 5:00 petang.
Untuk kelas minggu ke-lapan ini, pengajar telah menerangkan cara untuk mendraf pola kurung moden. Para peserta dikehendaki untuk mempraktikkan cara untuk mengambil ukuran dan mendraf pola kurung moden dan skirt duyung. Selain itu juga, para peserta turut didedahkan dengan cara mudah untuk membuat pola dengan formula-formula ringkas.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: