Webinar Keusahawanan Sesi 2: Pemasaran & Operasi Perniagaan (Cohort 4)

15 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2025 (Khamis), telah diadakan Webinar Keusahawanan Sesi 2: Pemasaran & Operasi Perniagaan (Cohort 4) di NADI Kampung Jeriah. Webinar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Webinar diadakan secara atas talian bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi.

Webinar ini bertujuan untuk memberi fokus terhadap dua topik utama iaitu pemasaran dan operasi perniagaan. Topik yang pertama iaitu pemasaran, merupakan strategi dan teknik untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan, meningkatkan jenama, serta menarik pelanggan. Manakala, topik yang kedua iaitu operasi perniagaan pula merupakan pengurusan proses dalaman perniagaan, termasuk pengeluaran, pengurusan sumber, logistik, dan kualiti perkhidmatan.

Diharap webinar seperti ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali