Pertandingan e-Sukan Mobile Legends Bang Bang Minggu 3
16 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 November 2025 (Sabtu), wakil NADI Kampung Jeriah dalam Pertandingan e-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) iaitu kumpulan Sinifix Celestial telah memulakan perlawanan peringkat kumpulan untuk minggu 3 pertandingan e-Sukan MLBB peringkat negeri Sarawak dimana pada minggu 3 ini, kumpulan Sinifix Celestial telah bertemu dengan 3 kumpulan iaitu kumpulan dari NADI Pekan Roban, NADI Kuala Tatau dan NADI Meradong. Kumpulan Sinifix Celestial telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah untuk menyertai pertandingan tersebut.
Untuk pertandingan peringkat kumpulan MLBB peringkat negeri Sarawak ini, penganjur telah menggunakan format Best of One (BO1). 16 kumpulan yang telah mengumpul mata tertinggi dalam setiap kumpulan akan dipilih untuk mewakili NADI masing-masing dalam perlawanan Top 16 yang akan berlangsung pada minggu depan yang akan menggunakan format Best Of 3 (BO3).
Setelah selesai pertandingan, kumpulan Sinifix Celestial telah menyertai kelas kesedaran e-Sukan pada minggu ini iaitu Hak Cipta dan Harta Intelek yang mana podcast tersebut membincangkan tentang apa itu hak cipta dan harta intelek dalam konteks e-sukan. Selain itu juga, podcast tersebut turut membincangkan cara untuk melindungi hasil kerja sendiri dan menghormati karya orang lain. Akhir sekali, turut dibincangkan juga tentang pelanggaran hak cipta dan harta intelek yang sering berlaku tanpa disedari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: