NADI Mahir Masak – Kelas Tiramisu Viral
19 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2025 (Sabtu), Kelas Tiramisu Viral telah diadakan secara atas talian melalui Youtube Live bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang. Seramai 2 orang peserta telah menyertai kelas tersebut di NADI Kg. Jeriah.
Melalui kelas ini, peserta didedahkan dengan rahsia membuat kek yang lazat dan menarik. Selapas menghadiri kelas ini, para peserta berpeluang menjana pendapatan tambahan dengan menjual kek tiramisu dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.
Diharap dengan adanya program seperti ini, dapat memberi manfaat dan peserta dapat menjana pendapatan tambahan pada masa akan datang kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: