Taklimat Safe - Laman Web Merbahaya
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 (Khamis), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Taklimat Safe - Laman Web Merbahaya yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Dua orang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka kepada kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah.
Taklimat ini mengajar peserta untuk berwaspada terhadap lawan-lawan web merbahaya yang terdapat di dalam internet. Taklimat ini juga turut mendedahkan bagaimana lawan web yang merbahaya ini digunakan untuk menyebarkan virus, menyebabkan kehilangan data dan mencuri identiti. Selain itu juga, para peserta juga turut didedahkan dengan ciri-ciri lawan web merbahaya.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: