Seminar Pengenalan Kepada A.I untuk Murid Tahap 1 dan Tahap 2 di SK Rantau Panjang, Sibu
23 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Oktober 2025 (Rabu), NADI Kampung Jeriah bersama-sama dengan NADI Rantau Panjang telah dijemput sebagai penceramah untuk Seminar Pengenalan Kepada A.I untuk Murid Tahap 1 dan Tahap 2 di SK Rantau Panjang, Sibu. NADI Kampung Jeriah telah diwakili oleh Encik Ricky Uma manakala NADI Rantau Panjang diwakili oleh Puan Lilliana Jessy. Seminar Pengenalan Kepada A.I untuk Murid Tahap 1 telah bermula pada pukul 7:30 pagi sehingga pukul 9:30 pagi dan telah dihadiri oleh 60 orang murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 3 (Tahap 1). Manakala, Seminar Pengenalan Kepada A.I untuk Murid Tahap 2 pula bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari dan telah dihadiri oleh 60 orang murid dari Tahun 4 hingga Tahun 6 (Tahap 2).
Objektif Seminar Pengenalan Kepada A.I untuk Murid Tahap 1 dan 2 ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang A.I seperti kegunaan, cabaran dan keburukan A.I sekiranya digunakan secara tidak bertanggungjawab. Selain itu, para pelajar didedahkan dengan aplikasi-aplikasi yang menggunakan A.I seperti Gemini, ChatGPT dan Microsoft Copilot. Di samping itu juga, para pelajar turut didedahkan dengan AIFA Chatbot selaras dengan matlamat MCMC untuk mengurangkan penyebaran maklumat palsu.
Diharap seminar ini bermanfaat untuk para peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: