Program Komuniti Madani Mei 2025
4 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 3 Mei 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Komuniti Madani untuk Bulan Mei 2025. Program ini telah disertai oleh lima orang ahli Komuniti Madani Satria. Program diadakan secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah bermula pada pukul 12:00 tengah hari sehingga pukul 1:00 tengah hari.
Untuk program minggu ini, peserta didedahkan dengan Kempen Internet Selamat. Topik pada kali ini bertajuk Penipuan (Scam) Atas Talian. Petugas NADI memberi pendedahan tentang jenis-jenis penipuan atas talian dan cara untuk kekal selamat di internet. Pada akhir sesi, peserta menyertai kuiz untuk menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik yang dikongsikan.
Diharap kelas ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: