Webinar Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu

5 Disember 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2025 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Ancaman Kamera Tersembunyi, Apa Yang Perlu Anda Tahu yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.

Melalui webinar bertajuk “Ancaman Kamera Tersembunyi: Apa Yang Anda Perlu Tahu” ini, peserta telah mempelajari apakah sebenarnya kamera tersembunyi, bagaimana teknologi ini berfungsi serta mengapa ia sering disalahgunakan untuk tujuan mengintip dan merakam tanpa kebenaran. Selain itu juga, webinar ini telah menerangkan jenis-jenis kamera yang biasa digunakan, termasuk kaedah penyamaran seperti dalam pengecas telefon, alat pengesan asap, jam digital atau peralatan elektronik kecil yang sukar dikesan.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali