Kelas Ganti Mahir Pertanian Pintar Minggu Ke-11 Sehingga Minggu Ke-13

6 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mei 2025 (Isnin) telah diadakan kelas Ganti Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-11 sehingga Minggu ke-13. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Peserta menonton semula rakaman video di MTS bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari.

Topik yang dikongsikan pada minggu ke-11 adalah Pengurusan Ladang dan Sistem Sokongan Pertanian. Sepanjang sesi ini, peserta didedahkan dengan pengurusan ladang, impak perubahan cuaca, jaminan bekalan makanan, amalan pertanian mampan dan sistem pemasaran pertanian.

Manakala, minggu ke-12 adalah minggu ulangkaji. Antara topik yang dikongsikan adalah fertigasi, media tanaman, komposisi dan tekstur tanah dan ketersaliran.

Akhir sekali, pada minggu ke-13, peserta didedahkan dengan pemasangan peralatan seperti set tube, sropper dan tube pump.

Diharap ilmu baru yang dikongsikan sepanjang kelas bermanfaat dan dapat dipraktikkan oleh peserta dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali