NADI Mahir Jahit Minggu 1
9 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 Februari 2025 (Sabtu), telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang pertama. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.
Untuk kelas minggu pertama ini, para peserta telah diperkenalkan dengan pengenalan kepada kursus mahir jahit. Turut diterangkan juga adalah 4 modul utama yang akan diajar dalam Mahir Jahit iaitu asas jahitan, baju kurung moden, baju kurung traditional, pakaian kontemporari dan skirt duyung dan kain ombak beralun (susun tepi).
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: