Program Pendidikan Digital Bersama Ibu Bapa dan Murid
10 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 9 Ogos 2025 (Sabtu), NADI Kampung Jeriah telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Program Pendidikan Digital Bersama Ibu Bapa dan Murid di SK Ulu Sg. Merah, Sibu. Program ini bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 10.00 pagi. Seramai 166 orang (gabungan ibu bapa dan murid) telah menyertai program ini.
Objektif utama program ini berlangsung adalah untuk mendedahkan para ibu bapa tentang pendidikan digital. Justeru, pihak pengurusan dan pentadbiran SK Ulu Sg. Merah telah menjemput petugas dari NADI Kampung Jeriah untuk memberikan taklimat kepada ibu bapa dan murid berkenan kelebihan, risiko dan cabaran pendidikan digital serta aplikasi-aplikasi yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk mengawal selia penggunaan peranti digital anak-anak mereka.
Diharapkan dengan taklimat ini, ibu bapa dan murid dapat memastikan pendidikan digital dapat dilaksanakan dalam keadaan yang sesuai dan terkawal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: