Kempen Internet Selamat di SK Batu 15

23 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Ogos 2025 (Jumaat), NADI Kampung Jeriah dengan kerjasama NADI Nanga Sekuau dan NADI Tamin telah mengadakan program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Batu 15. Program KIS ini bermula pada jam 10:30 pagi sehingga jam 11:30 pagi. Seramai 143 murid tahap 2 telah menyertai program KIS ini.

Objektif program KIS ini adalah untuk membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media sosial. Selain itu juga, program KIS ini turut mengajar tiga peraturan Internet iaitu menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat. Objektif yang terakhir adalah menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian.

Semoga dengan adanya program KIS ini, para pelajar mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang lebih positif dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali