NADI Shield - Penipuan Dalam Talian
22 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 April 2025 (Isnin), telah diadakan program NADI Shield Penipuan Dalam Talian bermula jam 4:00 petang sehingga jam 5:00 petang secara atas talian. Peserta datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seramai 3 orang pelajar sekolah menengah yang telah menyertai sesi tersebut.
Sepanjang taklimat berlangsung, pelajar didedahkan dengan scam atas talian, cara mengelakkan diri daripada terkena scam dan membuat laporan. Di akhir sesi, peserta diajukan soalan-soalan berkaitan topik yang telah dikongsikan.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: