NADI Safe – Lindungi Data Peribadi
23 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 April 2025 (Selasa), telah diadakan program NADI Safe yang bertajuk Lindungi Data Peribadi bermula jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang secara atas talian. Peserta datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seramai 3 orang pelajar sekolah rendah yang telah menyertai sesi tersebut.
Sepanjang taklimat berlangsung, pelajar didedahkan dengan cara melindungi data peribadi,langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecurian data peribadi dan banyak lagi. Selain itu, diadakan juga sesi kuiz menggunakan Quiz.com untuk menguji tahap pemahaman peserta tentang apa yang telah dipelajari.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: