NADI Mahir Jahit Minggu 10

23 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 April 2025 (Selasa) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-10. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 5:00 petang.

Topik yang dikongsikan pada minggu ini adalah “Menjahit Kurung Moden & Skirt/Kain Duyung”. Peserta akan mempelajari dan mempraktikkan cara menjahit zip, mencantum kain, menjahit getah pinggang dan menjahit kekemasan hujung tangan, bawah baju daan bawah skirt.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali