Kelas Pensijilan dan Pertandingan MLBB Peringkat Kumpulan Pusingan Keempat hingga Keenam
28 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 27 April 2025 (Ahad) telah diadakan Kelas Pensijilan dan Pertandingan MLBB Peringkat Kumpulan Pusingan Keempat hingga Keenam. Kelas Pensijilan dan Pertandingan ini disertai oleh 6 orang peserta dari NADI Kampung Jeriah yang mana lima orang adalah pemain utama dan seorang pemain simpanan. Program bermula pada pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang.
Untuk pertandingan MLBB, pada minggu ini, dijadualkan NADI Kampung Jeriah bertembung dengan tiga buah NADI iaitu NADI Ulu Manding, NADI Sibuluh dan NADI Niah Suai. NADI Kampung Jeriah telah memenangi ketiga-tiga perlawanan tersebut. Manakala, bagi sesi kelas pensijilan, topik yang dikongsikan untuk minggu ini “Kawalan Emosi & Mental Juara” dan “Kod Etika Pemain E-Sukan”.
Diharap para peserta memperoleh pengalaman dan ilmu yang bermanfaat dari kedua-dua sesi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: