Kemaskini Akaun SarawakPay dan Semakan Bantuan SKAS
29 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 April 2025 (Isnin), NADI Kampung Jeriah telah membantu ahli baru NADI untuk mengemaskini akaun SarawakPay dan membuat semakan status permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
Pengemaskinian akaun dilakukan ekoran daripada pertukaran peranti untuk log masuk ke aplikasi Sarawakpay. Seterusnya, pengguna membuat pengesahan pemohonan SKAS. Peserta juga telah mendaftar sebagai ahli baru NADI.
Diharap dengan adanya bimbingan ini, komuniti mendapat manfaat dan seterusnya turut memudahkan aktiviti harian mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: