NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 3
6 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 February 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi.
Untuk kelas minggu ketiga ini, peserta telah diperkenalkan dengan asas kesuburan tanah dimana, telah dibincangkan bagaimana sifat kimia, fizikal dan biologi tanah dapat mengoptimumkan pertumbuhan sesuatu tanaman.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: