NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 7

6 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-tujuh. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.

Untuk kelas minggu ke-tujuh ini, peserta telah diperkenalkan dengan topik keperluan baja. Para peserta telah diperkenalkan dengan baja hidroponik atau fertigasi. Turut diajar juga adalah cara-cara penyediaan baja contohnya penyediaan larutan baja.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali