NADI Mahir Jahit Minggu 2

14 Februari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 February 2025 (Khamis), telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang kedua. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari.

Untuk kelas minggu kedua ini, pengajar telah menerangkan alat-alat jahitan yang akan digunakan untuk kelas minggu depan seperti jahitan asas tangan (jarum jahit tangan, benang dan kertas A4). Pada minggu depan juga, para peserta akan belajar cara untuk mengambil ukuran atau mengukur badan.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali