Kelas Kesedaran e-Sukan Julai 2025
11 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2025 (Sabtu), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan Kelas Kesedaran e-Sukan untuk bulan Julai 2025 bermula pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Kelas tersebut telah dijalankan secara fizikal di NADI Kampung Jeriah dan dihadiri oleh seorang peserta.
Untuk kelas kesedaran pada bulan Julai ini, para peserta telah didedahkan dengan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik Kebangsaan (NESDEG). Terdapat 6 teras utama yang terdapat dalam NESDEG. Teras yang pertama adalah pengurusan kontrak kepada pemain. Teras yang kedua adalah tadbir urus dalam penganjuran acara. Seterusnya, teras yang ketiga, pemantauan dan perlindungan kanak-kanak. Keempat adalah kod tatakelakuan dan etika. Teras yang kelima adalah laluan kerjaya. Dan akhir sekali, teras yang terakhir adalah aplikasi sains dan perubatan dalam e-sukan.
Diharapkan kelas kesedaran seperti ini bermanfaat untuk peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: