Webinar Keselamatan Akaun Media Sosial: Bagaimana Phishing Boleh Mengambil Akaun Anda
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Keselamatan Akaun Media Sosial: Bagaimana Phishing Boleh Mengambil Akaun Anda yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar ini membincangkan keselamatan akaun media sosial dengan menekankan ancaman seperti pendedahan maklumat peribadi, serangan phishing, dan penyamaran identiti. Peserta akan didedahkan dengan teknik audit akaun, semakan tetapan privasi, serta demonstrasi secara langsung bagaimana pautan phishing boleh memintas 2FA dan mengambil alih akaun.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: