Kelas Pengurusan Kewangan & Tender Penganjuran e-Sukan

26 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2025 (Jumaat), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan Kelas Pengurusan Kewangan & Tender Penganjuran e-Sukan bermula pukul 2:30 petang sehingga pukul 2:45 petang. Kelas tersebut telah dijalankan secara atas talian menggunakan platform Learning Management System (LMS) di NADI Kampung Jeriah dan dihadiri oleh seorang peserta.

Untuk kelas kesedaran pada pada kali ini, para peserta telah didedahkan dengan bajet sesuatu acara dengan lebih mendalam supaya para peserta dapat memahami struktur bajet asas dalam penganjuran e-sukan. Selain itu juga, para peserta turut didedahkan dengan rancangan kewangan asas supaya para peserta dapat mengaplikasi ilmu kewangan asas untuk kejohanan kecil. Para peserta turut didedahkan dengan peranan dokumen tender dalam pengurusan acara.

Diharapkan kelas kesedaran seperti ini bermanfaat untuk peserta seterusnya dapat mempraktikkan ilmu yang telah ditimba dalam kehidupan seharian kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali