Tiny Techies - Unboxing Kit Tiny Techies (Kategori Rendah)

27 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Julai 2025 (Sabtu), telah diadakan program Tiny Techies - Unboxing Kit Tiny Techies (Kategori Rendah) yang bermula pada jam 10:00 pagi sehingga jam 11:00 pagi secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai program tiny techies tersebut.

Program ini bertujuan untuk sesi pengenalan dan sesi unboxing kit tiny techies yang akan digunakan sepanjang program tiny techies kelak. Dua kit tiny techies yang akan digunakan oleh peserta kategori sekolah rendah kelak adalah Micro:bit Starter Learning Kit dan Micro:bit Robotic Kit.

Diharap dengan adanya kit pembelajaran seperti ini dapat menjadikan sesi pembelajaran di NADI Kampung Jeriah lebih menarik dan seterusnya dapat memberikan manfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali