NADI Mahir Masak Minggu 2
31 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang kedua. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.
Untuk kelas minggu kedua ini, topik-topik yang akan dibincangkan dengan para peserta adalah mesin dan peralatan yang disediakan di NADI, keselamatan dan kesihatan ketika melakukan aktiviti memasak di NADI dan Standard Operation Procedure (SOP) yang perlu dipatuhi sepanjang kursus mahir masak ini berlangsung.
Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: