NADI Mahir Jahit Minggu 5
8 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mac 2025 (Jumaat), telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-lima. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kg. Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 3:30 petang.
Untuk kelas minggu ke-lima ini, pengajar telah menerangkan cara untuk mendraf pola dan memotong apron. Selain itu juga, para peserta turut didedahkan dengan cara untuk menggunakan alatan menanda,menggunting dan mengukur.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: