Taklimat Program SejaTi Madani dan Jaringan Transformasi Madani Bersama Komuniti Madani Satria
8 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 Mac 2025 (Jumaat), NADI Kampung Jeriah dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Sibu telah melaksanakan Taklimat Program SejaTi Madani dan Jaringan Transformasi Madani Bersama Komuniti Madani Satria pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:00 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh 4 orang peserta yang merupakan ahli Komuniti Madani Satria.
Program ini diadakan bagi menerangkan dengan lebih jelas tentang Program SejaTi Madani dan Jaringan Transformasi Madani kepada ahli Komuniti Madani Satria. Pengurus NADI Kampung Jeriah, Cik Hamsiah Binti Jubli telah menerangkan dengan lebih mendalam tentang fasa-fasa perlaksanaan dan panduan untuk memohon Program SejaTi Madani. Selain itu juga, para peserta turut diterangkan tentang 5 sektor tumpuan Program SejaTi Madani iaitu Pertanian dan Makanan, Jahitan dan Kraf Tangan, Herba dan Kesihatan, Pelancongan dan Hospitaliti dan yang terakhir, sektor Aktiviti Hijau dan Kitar Semula.
Seterusnya, para peserta turut didedahkan dengan laman sesawang Jaringan Transformasi Madani. Jaringan Transformasi Madani merupakan sebuah jaringan tertutup yang dihasilkan khas untuk ahli Komuniti Madani seluruh Malaysia. Sebagai ahli Komuniti Madani Satria, para peserta yang hadir dikehendaki untuk mendaftar menjadi ahli di Jaringan Transformasi Madani.
Sebelum program bersurai, terdapat sesi soal jawab berkenaan dengan program Program SejaTi Madani dan Jaringan Transformasi Madani. Diharapkan program seperti ini dapat memberikan manfaat dan seterusnya merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: