NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 8

13 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar untuk minggu yang ke-lapan. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 10:30 pagi.

Untuk kelas minggu ke-lapan ini, peserta telah diperkenalkan dengan topik keperluan asas tanaman dan pembajaan. 5 keperluan asas tanaman adalah udara, cahaya, air, nutrien dan media tanaman. Selain itu juga, para peserta turut didedahkan dengan perbezaan diantara baja organik dan baja kimia.

Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali