Bengkel IoT Inovasi Sesi 4 Tiny Techies
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2025 (Sabtu) telah diadakan Bengkel IoT Inovasi Sesi 4 Tiny Techies secara atas talian. Bengkel ini telah disertai oleh 5 orang pelajar tingkatan 4. Para peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Bengkel ini bermula pada pukul 11:30 pagi sehingga pukul 12:30 tengah hari.
Antara pengisian Bengkel IoT Inovasi Sesi 4 Tiny Techies ini adalah para peserta terlebih dahulu diperkenalkan dengan Kit Inovasi IoT Tiny Techies yang telah disediakan oleh pihak NADI. Seterusnya, para peserta telah didedahkan dengan fungsi setiap komponen yang terdapat dalam Kit Inovasi IoT Tiny Techies. Telah diadakan sesi soal jawab sebelum bengkel IoT Inovasi ini tamat.
Diharapkan bengkel seperti ini terus mendapat sambutan daripada komuniti terutamanya pelajar sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: