Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah (Untuk Tingkatan 4 & Tingkatan 5)
9 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 November 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Khas DiLEA, Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah (Untuk Tingkatan 4 & Tingkatan 5). Program khas DiLEA ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Program khas ini bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah ini adalah untuk membantu para pelajar bagaimana cara untuk menguasai fakta-fakta Sejarah dan teknik-teknik untuk menjawab soalan SPM Sejarah. Webinar Gerak Gempur SPM Sejarah ini padat dengan penerangan, tips dan trik untuk menjawab soalan KBAT, soalan struktur, dan esei Sejarah supaya pelajar lebih mudah faham dan seterusnya skor dalam peperiksaan.
Diharapkan webinar seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Sejarah pada peperiksaan SPM yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: