Pertandingan e-Sukan Mobile Legends Bang Bang Minggu 2

10 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2025 (Ahad), wakil NADI Kampung Jeriah dalam Pertandingan e-Sukan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) iaitu kumpulan Sinifix Celestial telah memulakan perlawanan peringkat kumpulan untuk minggu 2 pertandingan e-Sukan MLBB peringkat negeri Sarawak dimana pada minggu 2 ini, kumpulan Sinifix Celestial telah bertemu dengan 3 kumpulan iaitu kumpulan dari NADI Pekan Tatau, NADI Kampung Tengah Tebelu dan NADI RPR Sibu Jaya. Kumpulan Sinifix Celestial telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah untuk menyertai pertandingan tersebut.

Untuk pertandingan MLBB peringkat negeri Sarawak ini, penganjur telah menggunakan format Best of One (BO1). Perlawanan peringkat kumpulan untuk minggu yang ketiga akan disambung pada minggu depan.

Setelah selesai pertandingan, kumpulan Sinifix Celestial menyertai kelas kesedaran e-Sukan pada minggu ini iaitu Strategi Media Sosial dan Imej Diri yang mana podcast tersebut membincangkan tentang peranan media sosial dalam membentuk atau membina imej atlet profesional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali