Webinar Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu
23 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Khas DiLEA, DiLEA Webinar Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu. Program khas DiLEA ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Program khas ini bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian Webinar Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu ini adalah untuk membantu para pelajar bagaimana cara untuk memahami konsep, format-format penting dan tips untuk skor A dalam peperiksaan SPM yang akan datang. Webinar Gerak Gempur SPM Bahasa Melayu ini padat dengan penerangan, tips dan trik untuk menjawab soalan KBAT, soalan struktur, dan penulisan karangan supaya pelajar lebih mudah faham dan seterusnya skor dalam peperiksaan.
Diharapkan webinar seperti ini dapat membantu dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan mempraktikan ilmu dan tips yang telah dipelajari untuk menjawab soalan Bahasa Melayu pada peperiksaan SPM yang akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: