NADI Mahir Masak Minggu 3

7 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2025 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Masak untuk minggu yang ketiga. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 9:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.

Untuk kelas minggu ketiga ini, para peserta akan diajar tentang cara pembuatan moctail. Moctail adalah sejenis minuman tanpa alkohol terdiri daripada campuran buah-buahan dan juga perasa yang bebas alkohol. Para peserta dikehendaki untuk menyediakan sendiri bahan-bahan yang akan digunakan untuk kelas ini manakala peralatan yang akan digunakan untuk pembuatan moctail ini pula akan disediakan oleh NADI Kampung Jeriah.

Diharap kursus ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali