Kempen Internet Selamat di SK Batu 10
10 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 September 2025 (Selasa), NADI Kampung Jeriah telah mengadakan program Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Batu 10. Program KIS ini bermula pada jam 7:30 pagi sehingga jam 8:30 pagi. Seramai 600 orang murid yang terdiri daripada murid Pra-Sekolah, Tahun 1 sehingga Tahun 6 telah menyertai program KIS ini.
Objektif program KIS ini adalah untuk membina asas kefahaman murid tentang penggunaan internet secara selamat dan kesedaran tentang had umur dalam penggunaan media sosial. Selain itu juga, program KIS ini turut mengajar tiga peraturan Internet iaitu menjaga kerahsiaan diri, serta mengenali dan melaporkan kandungan tidak selamat. Objektif yang terakhir adalah menumpukan kepada pembentukan tabiat digital yang sihat, serta pemahaman hak dan tanggungjawab dalam talian.
Semoga dengan adanya program KIS ini, para pelajar mendapat kesedaran dan penggunaan internet yang lebih positif dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: