Kursus Penyelenggaran Perkakasan Dan Kemahiran Asas ICT

29 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 27 September 2025 (Sabtu) dan 28 September 2025 (Ahad), NADI Kampung Jeriah dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak telah mengadakan Kursus Penyelenggaran Perkakasan Dan Kemahiran Asas ICT. Pada 27 September 2025, kursus ini telah berlangsung pada jam 8:30 pagi sehingga jam 5:00 petang. Manakala, pada 28 September 2025, kursus ini telah berlangsung dari jam 8:30 pagi sehingga jam 12:00 tengah hari. Kursus ini telah disertai oleh 13 orang ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi masjid telecentre bahagian Sibu.

Objektif utama Kursus Penyelenggaran Perkakasan Dan Kemahiran Asas ICT ini adalah untuk meningkatkan kemahiran asas ICT dalam kalangan Jawatan Pengurusan Masjid. Selain itu, kursus ini juga melatih peserta dengan pengetahuan asas penyelenggaraan peralatan ICT. Objektif yang terakhir adalah intuk memberi pendedahan asas kepada peserta mengenai penggunaan Microsoft Word dan PowerPoint.

Semoga kursus ini dapat membantu Jawatankuasa Pengurusan Masjid bagi masjid telecentre bahagian Sibu dalam aspek penggunaan teknologi, sejajar dengan hasrat menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan masyarakat menyeluruh.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali