Taklimat Lawan Web Berbahaya

6 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Jun 2025 (Khamis), telah diadakan taklimat daripada NADI x Kesedaran yang bertajuk Lawan Web Berbahaya yang bermula pada jam 4:00 petang sehingga jam 5:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka untuk peserta berusia 13 tahun ke atas.

Taklimat ini bertujuan untuk mengajar para peserta untuk mengenal pasti ciri-ciri laman web merbahaya. Di samping itu juga, taklimat pada kali ini turut mendidik para peserta untuk menggunakan aplikasi anti-malware untuk mengelakkan peralatan-peralatan elektronik seperti komputer dan telefon bimbit dari terkena virus dan malware sewaktu melayari sesuatu laman web.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali