NADI Mahir Jahit Minggu 18
21 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 Jun 2025 (Jumaat) telah diadakan kelas NADI Mahir Jahit untuk minggu yang ke-18. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta (Kelas 6, Mahir Jahit) dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 5:00 petang.
Topik yang dikongsikan pada minggu yang ke-18 ini adalah cara untuk menjahit tudung 2 lapis. Semua peralatan jahitan yang digunakan semasa kelas Mahir Jahit ini telah disediakan di NADI kecuali fabrik. Selain itu, pada minggu ini juga merupakan kelas recap untuk topik-topik yang telah dipelajari sepanjang kelas Mahir Jahit berlangsung.
Diharap kelas ini mendapat sambutan yang menggalakkan lagi pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: