Webinar Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak

21 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2025 (Jumaat), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Memahami Risiko Siber Dalam Permainan Online Anak yang bermula pada jam 3:30 petang sehingga jam 5:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seramai 3 orang peserta yang telah menyertai webinar tersebut.

Webinar ini memberi pendedahan kepada ibu bapa, guru dan kaunselor tentang ancaman tersembunyi dalam permainan online mesra kanak-kanak. Ia membongkar taktik permainan digunakan untuk mencuri maklumat dan memperdaya anak-anak, serta langkah perlindungan daripada ancaman digital.

Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali