Webinar Berkala Matematik Edisi 2
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2025 (Sabtu) telah diadakan Webinar Berkala Matematik Edisi 2. Webinar ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 4 dan seorang pelajar tingkatan 5. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Webinar ini bermula pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Antara pengisian webinar ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang format Kertas 1 (objektif) dan Kertas 2 (struktur & subjektif) serta variasi KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi).
Selain itu, peserta diajar strategi dan kaedah menjawab yang efisien dan berfokus kepada langkah penyelesaian, penggunaan formula tepat, serta cara cepat mengurus masa.
Di samping itu juga, webinar ini dapat meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar dengan teknik yang mudah difahami dan contoh praktikal, pelajar dapat meningkatkan keyakinan untuk mendapat skor tinggi dalam peperiksaan. Diharap kelas ini dapat memberi manfaat kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: