Sesi Mentor Khas Tiny Techies - Santai Bersama Pakcik Lan
22 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Jun 2025 (Sabtu), telah diadakan program webinar Sesi Mentor Khas Tiny Techies - Santai Bersama Pakcik Lan yang akan membincangkan sebuah topik bertajuk Agenda Pemerkasaan STEM Robotik Nasional Bermula Dengan Anda yang bermula pada jam 10:00 pagi sehingga jam 11:30 pagi secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta bagaimana program Tiny Techies yang di buat di NADI seluruh Malaysia telah menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran. Selain itu juga, program Tiny Techies ini juga mengajar para peserta untuk berfikir secara kritis dan kerjasama untuk menyelesaikan masalah.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: