Program Khas DiLea (Podcast Episod 2)
29 Jun 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Jun 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Khas DiLea (Podcast Episod 2). Program khas DiLea ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 4. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Program khas ini bermula pada pukul 10:30 pagi sehingga pukul 11:00 pagi.
Antara pengisian podcast untuk program khas DiLea pada kali ini adalah membincangkan transformasi pendidikan ke arah sekolah digital dan persoalan sama ada masih relevan untuk terus menggunakan buku teks tradisional dalam dunia pembelajaran masa kini.
Selain itu, podcast ini juga turut membincangkan kelebihan sekolah digital. Antara kelebihan sekolah digital adalah interaktif, adaptif, terkini dan mempunyai aksesibiliti global. Manakala, antara beberapa kekangan untuk melaksanakan sekolah digital adalah kemudahan infrastruktur, kebolehcapaian pelbagai golongan dan ketrampilan guru dan pelaksanaan.
Kesimpulan nya, pendekatan terbaik ialah pendidikan hybrid dimana pendidikan hybrid menggabungkan kedua-dua platform digital dan buku teks untuk menyokong pembelajaran yang lebih inklusif, fleksibel dan efektif. Diharap podcast ini dapat memberi manfaat kepada pelajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: