Program Usahawan Cilik Edisi Ekspres

29 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2025 (Sabtu) telah diadakan Program Usahawan Cilik Edisi Ekspres. Program Usahawan Cilik Edisi Ekspres ini telah disertai oleh seorang pelajar tingkatan 4. Peserta telah hadir secara fizikal di Bilik Latihan NADI Kampung Jeriah. Program ini bermula pada pukul 11:00 pagi sehingga pukul 12:00 pagi.

Program Usahawan Cilik Edisi Ekspres ini dirangka khas dengan aktiviti yang lebih pantas dan padat dengan ilmu perniagaan. Semua aktiviti disusun secara digital & mudah diakses, menjadikannya bersifat ekspres dan mesra pengguna.

Terdapat 3 aktiviti yang perlu perserta lengkapkan semasa program usahawan ini. Yang pertama, peserta perlu menonton video pra-latihan. Video pra-latihan ini merupakan pengenalan kepada prinsip asas perniagaan dan keusahawanan.

Seterusnya, untuk aktiviti yang kedua, para peserta dikehendaki untuk menonton video podcast dimana melalui podcast ini, para peserta akan dapat mendengar pengalaman dan motivasi dari usahawan atau mentor.

Untuk aktiviti yang ketiga, para peserta program usahawan cilik edisi ekspres perlu melengkapkan kuiz yang berbentuk interaktif bagi menguji kefahaman serta mengukuhkan pembelajaran.

Diharap program usahawan cilik edisi ekspres ini dapat memberi manfaat kepada para peserta seterusnya dapat memberi inspirasi agar mereka berminat dalam dunia perniagaan sejak awal usia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali