Taklimat Shield - Lindungi Data Peribadi
15 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Mei 2025 (Rabu), telah diadakan satu taklimat yang bertajuk Taklimat Shield - Lindungi Data Peribadi yang bermula pada jam 4:00 petang sehingga jam 5:00 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai taklimat tersebut yang terbuka kepada peserta yang berumur 13 tahun ke-atas.
Taklimat ini mengajar peserta untuk memahami ancaman privasi dan perlindungan data. Taklimat ini juga turut mengajar peserta cara-cara untuk mengelakkan data bocor dan melindungi data peribadi daripada dicoroboh oleh pengodam.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: